Friday, October 15, 2010

Chenta, chumei

China memerlukan pengorbanan. Ada orang berkahwin. Duduk jauh dengan pasangan masing2. Long distance. Ada juga yang jadi weekend husband or wife. Sedeh jugak. Tapi kalau baru2 kahwen takpelah. Kalau dah beranak pinak susah sangat. Nak berkomitmen macam tuh.

Tapi macam orang cakap. Kena banyak sabar. Memang banyak dugaannya kalau cinta jarak jauh. Ada sorang member aku nih, dia bercinta jarak jauh. Kalau nak diikutkan, tak lah jauh sangat pasangan dia nih. Cuma masing-masing tak boleh nak jumpa selalu. Hujung minggu atau mungkin dalam sebulan tuh, dalam dua atau tiga kali sahaja boleh jumpa.

Dia cakap, tak kisah. Yang penting kejujuran dalan hubungan dan saling mempercayai antara satu sama lain yang amat penting. Kalau tiada semua tuh, memang hubungan susah nak kekal. Memang betul apa yang dia cakap tuh. Aku setuju bulat-bulat dengan pendapat dia tuh.

Kalau nak dipikirkan, kadang-kadang kan, seronok juga tau mempunyai cinta yang macam tuh. Jumpa kejap jer. Pas tuh terpaksa menanggung rindu yang amat mendalam. Kalau dikumpul agaknya, seluas lautan ada kot rindu tuh... Hahaha.... Bila dah dapat jumpa, rindu dendam semua habis dilepaskan. Kalau tak telefon, internet sahajalah penghubung (dia cakap macam tu kat aku). Aku hanya senyum jelah.

Pasal tajuk aku tuh, Chenta, Chumei... Aku pilih chenta sebab citer Fasha Sandha berlakon dalam drama kat tv3 skang. Sedap citer tuh (I follow tau). Chumei pulak, kucing milik (ehem... identiti dirahsiakan). Sedang bunting. Kebetulan ada seekor lagi kucing. So aku letak lah nama dia chenta... hahaha....

Rasanya itu sahaja yang mahu dikongsikan. Nanti jumpa lagi...

Coretan terbaru

Dah lama rasanya tak menulis dalam blog nih. Semenjak puasa Ogos sampai hari ini, barulah berpeluang nak masuk kat dalam ni. Bukan takder masa, tapi memang busy sangat. Bila start bulan puasa, jadual jadi padat. Kena cari stok raya. Kalau tak, jawabnya tak dapatlah cuti raya. Dah lumrah kejer macam nih.

Alhamdulilah. Sepanjang bulan puasa, semuanya berjalan lancar. Bulan puasa jugak rezeki aku bertambah-tambah. Kiranya balik kampung dengan hati gumbira sangat. Takdelah kata orang lepas raya, hidup dalam keadaan sesak. Boleh bernafas lagi. Duit tol, minyak, duit raya (budak-budak, ayah, mak, adik beradik, tok makcik2) sumer cukup.

Tapi yang tak bestnya raya tahun ini. Patutnya aku lah org yang paling gembira sebab turn aku untuk beraya di kampung this year. Tak macam tahun lepas, raya keenam baru dapat bercuti. Sedeh sangatlah. Di pendekkan cerita, aku balik kampung malam raya. Lepas hantar satu story fire the day b4 raya, dalam tengahari aku drive dari AS menuju Kluang. Sempat singgak Kuala Kangsar jap, ambil lemang daripada ****... terpaksa sensor... hahaha.

Aku berbuka puasa kat RnR Seremban. Memang padat n ramai giler orang kat situ. Nasib baik ada bekalan lemang. So sampai jer, memang dah buka. Aku beli air pas tu masuk dlam keter semula dan berbuka dalam kereta sorang-sorang sambil melayan perasaan sorang-sorang. Tak sedih pun, sebab ada yang temankan walaupun dalam telefon (hahahaha).

Disebabkan punggung aku dah panas dan meronta-ronta nak sampai ke kampung halaman tercinta dengan cepat, aku pun memecut kereta dengan keadaan selamat, ke destinasi di tuju. Sampai umah dalam pukul 10.30pm. Penat lah sangat2 tapi sebab esok dah nak raya, aku tak kisah.

Tapi yang tak sedapnya.... dah bersalaman dengan sumer orang termasuk my parent, tgk2 bapak aku rupa2nya tak sihat. Kaki bengkak, batuk2. Adeh... Mood raya aku terus terpadam. Dia (bapak aku) pernah sakit macam nih. Dan masuk hospital gak gara-gara sakit dia tuh. Aku duk tengok2 bapak aku ni, potensi kena masuk wad, kalau dihantar hospital malam tu jugak, memang kena tahan. Tapi biasalah, orang tua, tetap degil tak mahu dihantar ke hospital. Padahal tengok keadaan dia tuh, ngeri sangat. Malam tak boleh tidur, asyik batuk jer, pas tu macam sesak nafas. Aku dah tak larat nak nasihat dah. Biarkan sahaja. Tgk smapai bila dia dapat bertahan.

Sempat juga dia raya kat rumah hari pertama. Pagi raya kedua, ikutkan kami semua nak balik kampng tok kat Muar (belah mak). Aku memang dah takder perasaan nak raya pun. Lepas tuh, pagi tuh aku keluar bilik, tup2 tup ayah kata, jom hantar ayah gi hospital. Aku jadik gembira sangat sebab akhirnya, dia nak jugak gi hospital (aku rasa dia memang dah tak tahan sgt dah tu menahan sakit).

Apalagi, aku hantar dengan mak aku dan seperti dijangka kena tahan wad. Maka raya kedua sampai raya keempat kami sekeluarga beraya kat hospital. Hmmmm..... ntahlah... Hanya tuhan jer tau perasaan aku ini, Tapi buat selamba jelah kan... takkan nak nangis kat situ. Seperti biasalah, setiap kali bapak aku kena tahan wad, mak aku yang akan jaga. Seberapa lama bapak aku kena tahan, selama itulah mak aku akan duduk kat hospital.

Ayah aku ni, dia memang tak mau orang lain jaga dia. Seingat aku, pernah sekali jer aku jaga dia kat hospital pas tu dia tak mau dah. Biasalah suami lebih selesa dengan isteri kot. Tapi aku hari2 akan ada kat hospital lah. Dari tengahari sampailah habis waktu melawat pukul 7.30pm. Kesianlah kat mak aku tuh. Kalau nak apa2 boleh lah aku beli kan. Hari keempat, ayah aku pun keluar. Bersyukur sangat2.

Tahun depan, memang bukan turn aku nak balik kampung beraya. huhu... sedeh. Tapi depends lah.. Kowt lah2 lain pulak jadinya kan.. kita merancang, tuhan yang menentukan!

Monday, July 5, 2010

Bercuti di KB...

Cuti-cuti di Kota Bharu
---------------------------

1 Julai 10 - Masih bekerja di hari itu namun aku tak rasa pun bekerja dengan sepenuh hati sebab hati aku dah tak sabar-sabar nak pergi Kelantan. Tunggu punya tunggu, malam hari pun tiba, naik bas pukul 9.30pm. Rakan sekerja hantar aku kat Terminal Bas Shahab Perdana. Im more excited because this is my first experience went to Kelantan. So shame but who cares! hehe. Hmm... nak gi sana akan lalu Grik. Banyak cerita pasal laluan Grik nih tapi aku tau laluannya memang agak mencabar, agak berbukit bukau. Tapi disebabkan malam, mata aku lebih rela terpejam daripada berjaga. Malam tuh berlalu begitu sahaja dalam bas Shamisa Holiday double deck, (duduk atas plak tu) sampaikan bas berhenti rehat aku mata aku masih terpejam bagai di gam. Ramai jugak orang dalam bas malam tuh. Penuh lah. Aku memang tidur malam tu tapi disebabkan faktor jalannya yang berliku-liku, badan aku pun terlentok-lentok sama sampai sakit kepala. Nak buat macam mana kan. hehe.. Bila sedar-sedar bas dah berhenti turunkan orang kat Tanah Merah. Adakah hampir sampai? hmmm.. ntah sebab aku pun tak tau. Jam masa tu lebih kurang pukul 3.30am.. Tak silaplah. Pas tu teruskan perjalanan lagi ke Pasir Mas.. Drop penumpang lagi... Teruskan perjalan lagi, baru sampai KB. Sampai-sampai dah pukul 4.30am. Aku pun apa lagi, terus telefon my frend si Farid amek aku. Dia cakap tunggu depan teksi stand, dalam 10 ke 15 minit dia sampai. Tunggulah aku di situ sampai dia datang. Masuk dalam keter then terus pulang ke rumah dia kat Jalan Datuk Lundang. Lepas tu apa lagi, teruskanlag tidur.. Penat lah kot (kununyer)

2 Julai - Bangun-bangun pagi, terus salam-salam mak Farid dan kebetulan abang dia aka abg Saiful and Akil ada kat umah. Pagi tu, hantar abg Saiful ker Station Bas Jalan Langgar (nak lik KL dah selepas beberapa hari di kampung dengan anak dia). Kemudian balik semula amek Eja (bini Payed) breakfast kat kedai berdekatan. Sampai2 mak ai, ramainya orang. Nasib baik ada tempat duduk. Hmm... duduk pun tak tenang sebab kena ngurat hehe.. (bukan kena ngurat sebenarnya tapi orang duk tanya abe, ada orghe?? Setiap kali tu juga aku hanya menggeleng sahaja) dalam hati aku, lambat nyer si Farid n Eja ni gi pilih makanan. Aku pilih makan Nasi dagang. Alahai sedapnyer. Pas tu makan pulut panggang pulak. Kenyang. Lepas tu pergi pasar pulak. Maka Farid aka mama suruh beli lauk. Ada lah lima benda yang mama suruh beli tapi tiga-tiga orang ni, tak leh nak ingat sumer benda. Beli salah barang gak.. haha... tapi okay jer. Mama ok jer. Disebabkan hari ini hari Jumaat, kewajipan perlu ditunaikan iaitu Sembahyang Jumaat. Balik solat terus jer makan then masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Lokasi pertama Rantau Panjang. Lebih kurang pukul 3 petang bertolak lah aku Farid Eja ke sana. Beli belah lah pulak kan. Memang best sini. Jauh beza dengan bukit kayu hitan dan padang besar. lagi meriah sini yer. Aku perabih dekat RM400 beli barang2 yang dipesan mak aku n aunty aku. Lepas tuh, balik umah dekat2 Maghrib baru sampai. Nasib baik tak kena isytihar kat Kastam brg2 yang dibeli (lepas eden) hehe. Pas Isya` kami keluar lagi, pergi Wakaf Che Yeh. Memang menarik sini. Siap ada pintu gerbang dan banyak benda yang boleh di beli. Cuci2 mata gak lah kan. Sempat beli tudung dan kain pelekat bapak aku jer. (duit pun dh ala2 takder kan. haha). Pas tu dekat pukul 12.30am baru sampai umah and tidur sebab sok ada agenda lain pulak.

3 Julai - Hari nih, lepas breakfast, aku farid eja n mama pergi Pasar Siti Khatijah. Menarik sangat. Before gi beli rantai anak sedara eja. hari tuh harga emas turun. Jual emas rugi kalo beli berbaloi sebab murah. Macam tulah sikit lebih kurang. Pas tuh singgah kat umah sepupu Farid kat area KB gak. Eja nak ajak sepupu farid aka kak wati pergi beli batik. (eja nak jual kat KL katanya). Pergilah kami ke kawasan kilang batik tuh. Banyak batik dia. Abang yang buat batik tuh pulak ramah tamah. sempat lah ambik gambar. Pas tu sesi memilih pulak dijalankan. Lama gak pilih memilih ni, si eja n kak wati. sambil2 tuh farid duk main2 ngan baby (anak si owner) memanglah sesuai yelah tak lama lagi nak jadi bapak pulak kan..hehe). Aku dan mama duk tengok si eja selak2 kain batik tuh sambil2 kata yang tu ok eja.. yang tu tak elok.. (bagi pendapatlah). Aku pulak dah lapar. Nasi paku.hehe. Kepala aku dan perut pun dah masuk angin. Sejak sampai lagi aku dah duk canang2 nasi paku sebab member kat opis aku ni suruh try. So aku pun nak trylahkan. So dah habis pilih tuh, kak wati cadangkan tempat untuk beli nasi tuh kat area KB gak lah. Dah sampai, mama turun nak teman aku beli nasi paku. Dah siap pilih2 selalu ikat ngan getahkan tapi ni dia selit paku da... tulah nama dia nasi paku. Pas tuh dorang nih gi shoping tudung pulak kat area kedai nasi paku tuh. Perut pun sudah berbunyi2  nih. Last2 aku pun terbeli satu tudung untuk adik sepupu aku. Comel kalo dia pakai nnti.. hehe. Pas tu baru gi pasar siti khatijah. Mama ajak makan sup kat tingkat dua. So aku punya nasi paku makan kat situ. Mama n eja makan mee sup farid makan nasi campur. Hmmm masa untuk try... Macam nasi padang jugak rasanya. Tapi aku tak kira. sebat jer sumenyer.. lapar beb. Pas tuh balik umah sebab malam nak gi makan kat pantai cahaya bulan aka PCB.  Pas Maghrib, sumer2 pergi makan kat PCB. Sayangnya tak nampak pun laut sebab hari sudah gelap lah. Makan kenyang. Makan makanan laut yang digoreng memang sedap. ala2 pasembor lah kat utara nih. Pas tu amek gambar kat area istana then ke rumah kak wati semula then baru lik umah. Adeh kembung dengan makanan dua tiga hari nih.

4 Julai - Tiba masanya aku mau pulang. Hmm.. tak puas tapi nak wat cam ner, farid pun lik hari ahad gak. takkanlah aku nak stay lama2 plak kan... haha... pagi tuh breakfast kat umah. special sgt sebab ayah farid masak nasi goreng. memang sedap. lepas tuh bermaaf-maafan dulu then farid n eja hantar aku gi naik bas kat belakang tesco. naikkalah aku bas kol 930am. Bas yang sama dinaiki pada 1 julai lalu. Kali nih aku cuba untuk tidak tidor sebab nak tgk pemandangan. Adeh memang cantik. Tasik Banding tuh lagi lah. Jalan dia memang scary ok. Gaung manjang. Syukur tiada apa yang berlaku dan aku selamat sampai pukul 4.30pm di rumah.

Terima kasih kepasa Farid, Eja, dan parents nya sebab layan aku dengan baik. Im so appreciate. Terima kasih jugak kat Payed sebab bawak kan barang2 yang aku beli kat Rantau Panjang tuh ke KL.. hehe.. Nanti aku amek yer...

Habis.

Friday, June 18, 2010

Masih Sayang

Apalah yang dia buat sekarang? Masihkah dia ingat pada aku lagi? Atau dia sudah melupakan aku terus?
Tapi, aku masih lagi sukar untuk melupakan. Sangat sukar. Walaupun perkara itu telah berlalu, namun perasaan ini masih banyak terarah kepadanya.

Ini lagi satu penyakit yang melanda kawan aku sorang. Susah sangat nak lupa pada orang yang dicintainya. Itulah penangan cinta kan! Mungkin kalau aku berada di tempat dia, aku sendiri kemungkinan tidak berdaya untuk menghadapinya.

Nak kongsi sikit apa yang kawan aku ni luahkan kat aku kepada semua pembaca blog "Seribu Impian". Tujuan aku bukan nak memalukan dia ker apa cuma sekadar mahu berkongsi. Dia pun tak kisah. Sekadar tatapan lah yer. Luahannya berbunyi begini:

  "Susahlah beb, nak lupa dia. Memang sekarang ni, emosi aku dah stabil tapi ingatan aku ni masih kuat pada dia. Walaupun aku ada kenal2 dengan orang lain jugak, perasaan aku masih sama. Perasaan aku ni macam kosong. Kesian kat orang yang baru aku kenal. Sebab aku macam tak memberi sepenuhnya hati aku kat dia. Ini yang aku rasa!

Begitulah situasinya. Dia masih teringat kat bekas dia tuh. Aku ni pun apa lagi. Bagilah nasihat. Buat apa lah nak di kenang2 lagi barang yang lepas. Kau pasti ker, yang EX kau tuh ingat kat kau? Ntah-ntah dia bersenang-lenang dah dengan orang baru. Kau mana tau kan??? Sedangkan kau kat sini merana macam nak mati. Masih merana! Takde gunanya wahai sahabat.

Lepas tu dia ni diam. Kesian pulak aku kat dia nih. Aku cakap kat dia, lebih baik gembira kan hati sendiri. Jangan dikenang kedukaan lalu. Buat merana diri. Badan sakit. Otak sakit. Semua sakit nanti.

Lebih baik juga, beri perhatian kepada orang yang boleh beri kebahagian kepada diri kita sendiri. Yang faham dengan kehendak kita. Bukan mementingkan diri sendiri. Tidak jujur dengan pasangan.

Jujur2 nih, bab ni memang aku sakit hati. Sebab aku pun dah terkena. Memang macam gampang. Nak tipu2 orang.

Lebih baik berterus terang daripada membuat diri orang lain merana. Biar sahaj tuhan bayar cash kat orang2 nih.

Last2 aku pulak yang bengang dengan kisah kawan aku nih.... hmmmmmmmm.....

Adakah Anda Berasa Kehilangan Kawan??

Pernah tak korang rasa kawan yang rapat ngan korang lepas tu tiba2 macam menjauhkan diri.

Walaupun bila berjumpa, nampak mcm biasa (bertegur sapa) tapi boleh nampak kelainannya. Hmmm.... ntahlah... Susah betul... Tak tau mana silapnya sampai boleh jadi macam tu.

Benda ni berlaku kat kawan aku yang sorang nilah. Dia cerita kat aku. Apa yang boleh aku buat? Cuma nasihatkan jelah.

Situasinya mungkin nampak macam remeh tapi kalau dah kita anggap dia sebagai salah seorang rakan baik (boleh kongsi kisah suka dan duka) pas tu berubah dengan tiba2.

Pasti ada sebab kan??? Kalau takde tak kanlah seseorang tu boleh berubah dengan tiba2...

Mungkin sebelah pihak ni tak perasan, dia pernah menyinggung perasaan kawan dia yg sorang ni tanpa disedari. Impaknya, kawan dia tuh berubah.

Sampaikan laman sosial yang popular (menjadi sasaran). Adehhh! macamana tu ea??

Aku pujuk kawan aku nih, bersabarlah. Kalau dia dh tak mau kawan nak buat macam mana. Tak kan nak paksa pulak.

Dia ni pulak kata, sedih mengenagkan persahabatany antara mereka tuh. Yelah kawan aku ni punyalah terasa kan. Nampak sangat perbezaannya. Sangat2.

Aku cakap jugak kat dia. Mungkin benda nih akan menjadi iktibar untuk dia.

Bersabarlah yer wahai kawan!

Friday, May 21, 2010

Jika Dia bukan milik kita

Jika Si Dia Bukan Milikmu


Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.


BERIMAN DENGAN TAKDIR

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.


AMAL DAN TAKDIR

Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. “

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

{Riwayat Bukhari}


BUKAN USAHA TETAPI DOA

Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. †{Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitabâ€. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. â€

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.


ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

taif_large.jpgSemasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?


KESIMPULANNYA

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

habis.

Thursday, May 20, 2010

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran  (tidak kira dalam apa jua keadaan)


Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.


Wallahu’alam.