Wednesday, March 31, 2010

Jawapan kepada Kenapa masih belum berumah tangga??

Kenapa Masih Belum Berumahtangga?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..”

Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui.

Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam.

Ends.

Monday, March 29, 2010

Hi-Tea at The Summit Hotel Subang Jaya

SUBANG JAYA, 27 MAC 10 - Tanggal 27 Mac lepas, aku bersama rakan-rakan yang lain telah hadir
untuk memeriahkan lagi hi tea x-student b.comm uum kat hotel the summit subang jaya.

Pertama sekali terima kasih kepada sumer yang sudi hadir. Saya tabik hormat kepada rakan2 yang duduk jauh seperti Jiji yang sanggup datang dari Terengganu semata2 untuk event ini. Rakan-rakan lain jugak tidak kurang hebatnya, sanggup datang walaupun ada yg sibuk pada hari itu.

Antara tetamu penting yang ada mestilah our lecturer, En Bahtiar yang kebetulan balik ke sini untuk collect data untuk PhD nya kat Brunel, London. Thanks en Bahtiar and of cos ur souvinour. Cantik sangat! Kawan2 lain yang ada: Farid, Eja, Shakila, Jiji, Ita, Liang, Zurai, Aku. And seorang senior, Fuad terpaksa berpatah balik walaupun sudah separuh jalan dari Penang kerana ibu mertuanya sakit. Apa2 pun thanks bcos support even thought ur need to turning back to Penang.

Sudah pastinya, i would like to say, congratulation to Farid because successful create this event. Im proud of you. Thumbs up!

Apa yang aku dapat perhatikan daripada reunion nih, masing2 dah kelihatan makin matang n sibuk meningkatkan kerjaya masing2. Of cos lah, semua orang pun sudah berubah. Semakin sihat, semakin berjaya...(hehe).

Pada hari tuh, melantak memang tak hengat. Aku pun sama lah.Diet pun ntah ke mana. Habis sumer aku pulun. Yelah bukan selalu dapat makan mcm nih (dengan banyak). Makan, cerita, makan cerita, pas tuh ambil lagi makanan. Macam tulah kami semua sampai lah habis waktu dalam pukul 4. Kami datang pukul 12pm.

Habis sumer tu, kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai2 depan hotel. Masing2 sibuk duk posing. Pas tu decide nak pergi mana pulak. Hmm..en bahtiar ajak pegi main bowling kat IoI Mall Puchong. Semua pun okay. So pergilah kami ke sana. Yang penting ya, yang penting En. Bahtiar belanja. Haha.suka sangat. En Bahtiar tuh kata, lama dah dia tak main bowling sebab katanya kat London mahal giler. so melepaskanlah gian di situ kira-kira satu frame jer.

Hmmm...Eja lah yang menang bowling hari tuh.. Si Liang pun hebat gak. Lain2, pun tunjuk kehebatan masing2, Jiji, zurai, liana. Cuma ita jer yg takde sebab dh balik pas hi-tea tuh. Tapi yang paling tak teror si Farid and Shakila. Haha...Longkang saja katanya. Aku walaupun tak teror takdelah sampai seteruk dorang (sorry ea korang, kutuk kat sini).  Aku rasa dorang memang leh lawan dorang pas nih, tengok sapa lagi teror. haha.

Lepas tuh, si Eja pulak nak belanja minum sebab menang main bowling (patut yang kalah kena banje tapi lepas kena paksa, eja belanja sebab dia menang, memang pelik). Duduk2 dalam dekat sejam, sumer ambik keputusan untuk balik. En bahtiar pulak kena hantar si Liang, sebab dia datang bersama. Mak si Liang dah bising suh balik. hehe.

Over all, majlis berjalan sangat lancar walaupun tak dapat sambutan sangat. Tapi aku gembira dengan kehadiran kawan2 yg ada pada hari tuh di samping en bahtiar. Harap akan ada lagi majlis sperti ini selepas ini.

End.

Thursday, March 25, 2010

Pilatus yang terhempas

25 Mac, Sintok - Hari ini sepatutnya aku ada asignment kat court kes bunuh. Pukul 9 am dah terpacak kat court Alor Setar bersama rakan2 seperjuangan yang lain. Kira court bermula pukul 9 tapi smpai pukul 10 pun tak start2 lagi. Punyalah banyak kes. Nasib baiklah majistret tuh comel (hehe). Tapi agak garang sikit. Tapi betullah, dia garang bertempat sebab makhluk2 yang ada dalam court nih, ada ker boleh on handphone..kat luar court dah terang2 tertera, hphone must be silence when u enter the court...tu pun bongok tak paham2. Sebab tu lah dia hangin tadi kejap. Ada lah 4 kali hpohe orang2 itu berbunyi.

Yang aku paling geram, ada lah seorang makhluk tuhan nih, dh lah hpone berbunyi pas tuh bising2 pulak. Ada ker time Majistret tanya, mengaku kat (aku tak pasti yg dalam kandang tuh, makcik, mak or kak dia) salah atau tak atas pertuduhan yang dibaca,  then yg dlm kandang tuh kata mengaku salah, dia boleh gelak. Aduyai!! Dah lah gigi ala-ala HAalimah Jongang. Nak jer aku penampar. Geram seh!

Pukul 10 am, arahan dikeluarkan supaya semua keluar kerana ada bicara kes juvana. Kenalah keluarkan semua. So tungu punya tunggu untuk masuk balik dengar kes bunuh tuh, tup2 dpt maklumat ada pilatus terhempas kat UUM.

So dengan arahan bos aku, pergilah ke sana ngan Utusan and Star ke sana. Sampai2 tengok dah ramai ada sana. Biasalah, bila berlaku benda2 mcm nih, bagaikan pestalah kan. Mana tak nya, berlaku dalam kampus masa pertunjukan udara plak tu sempena perasmian pesta konvo uum ke-23.

Nasib baik tak jatuh kat budak2 yang sedang berkumpul kat stadium untuk sama2 meraikan perasmian tuh. Tapi kesianlah kat juruterbang TUDM nih. Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga.

Ada satu perkara yang aku rasa seseorang ni, lebih sudu dari kuah. Siap mengata reporter lagi, "depa nih, biasalah, nak lepas kejer dorang jer," Heloo....statemnet ko tuh memang melampau ea. Sesuka hati jer ckp mcm tuh.

Alkisahnya mcm nih, aku nak interbiew saksi yang tgk pesawat ni terhampas. Aku tak sangka plak, yg aku nak interbiew nih kawan aku lama time blajar kat UUM. Sedap2 aku interbiew dia ngan beberapa reporter lain, tup tup dia datang n marah2 kawan aku nih, dia kata, kenapa pandai2 bagi statement kat dorang (medialah). Nanti jumpa saya kat opis. Pas tu dia kata lagi: "Ikutkan saya pun nmpk masa kejadian tapi sya tak mau bagi kejadian', kalo tak nak bagi kerjasama sudahlah.tak payahlan nak marah orang plak.

Pda firasat aku dan kengkawan2 lain, dia ni frust sebab kami2 nih tak nak interview dia. Dia frustlah sebab muka tak dapat masuk paper n tv. Ntah apa2lah. Ada jugak orang mcm tuh (aku tak mau lah tulis apa jwtn dia kat uum, tapi dia nih, berkuasa untuk menjaga keselamatan dalam uni - harap pahamlah apa kerja dia ea).

Dahlah kawan aku gelabah. Dia pun bertekak gak lah ngan orang itu. Pas tu aku tinggalkan jer sebab perlu mencari saksi2 yang lain. YElah sekurang2nya mesti ada 3 orang kan! Aku ni respectlah kat sorang budak perempuan nih, walaupun dah kena bagi amaran kat orang itu (budak nih pun kena marah gak) tapi dia tetap maintain bagi statement. Buat2 tak tahu jer. Bukan setakat kami reporter paper, yang tv pun duk jolok dia gak. hehe..hasilnya keluarlah dia dalam tv3 mlm tadi. Bagus dik, bagus.

Takde per pun sebanrnya sebab kita tulis berdasarkan apa yang dia nampak jer. Bukan nak tulis bukan2. Takpelah, itu dah sebahagian kerja sebagai reporter, kena maki hamun orang dan lain2 lagi.

Lebih kurang pukul 1 petang habis semua interbiew dan kami singgah dulu kat Joe Cendol pulut. Sesibuk mana pun, perut kena diisi dulu kan. Kang ada yang pengsan pulak.Haha. LEpas tuh terus menuju semula ke Alor Setar untuk buat story yang telah dikumpulkan.

Tulah pengalaman yang aku alami hari ini. Agak penat jugaklah kerana terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh jugak. Tapi nak buat macam mana kan. Kena lah teruskan jugak buat.

Rasanya itu sahaja untuk hari ini. PEACE

end.

Sunday, March 21, 2010

Bila Kawan2 mula memulakan hidup sebagai suami isteri




Putaran hidup. Begitu kehidupan seorang insan yang bergelar manusian @ hamba Allah. Selepas dilahirkan di muka bumi, manusia akan dididik oleh kedua ibu bapa untuk bergelar insan yang baik.






Tapi untuk menjadi baik atau sebaliknya terpulang kepada diri sendiri, sejauh mana ilmu yang diperolehinya itu dapat menimbang perkara2 baik atau buruk.






Membesar sebagai kanak2 (akan berada di sekolah rendah), remaja (sekolah menengah dan zaman uni). Lepas melalui semuanya, sudah sampai masanya untuk bekerja, tolong ibu bapa (balas jasa) dan berkahwin!!!!






Hah kahwin? buat2 terkejut pulak. Cakap pasal kawen ni, hmmm ramai dah kawan2 aku yang dah bergelar suami orang, isteri orang, bapak orang, emak orang (ganas tak kata ganti nih). Tahniah diucapkan kepada semua kawan2. Kepada yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan good luck juga diucapkan. Aku??? hehe (tanya aku sendiri k).






Nak sebut satu, kawan2 aku yang dah kawen nih, ramai. Kawan2 masa kat u ada, kawan satu rumah sewa (masa tu duk puchong) ada gak, kawan sekolah lama pun ada, dan satu tempat kejer skang.






Tapi Yang aku nak cerita ni, ada lah beberapa orang sahaja sebab ada pix kawen dorang. Jap lagi aku upload.






Mula2 kawan course mate aku Farid and Eja. Aku pergi time dorang kawen sebab dah kena booking awal2. Kenalah datang gak. Sebab aku dah warning kat budak2 nih, kalau nak soh aku dtg, kena bgtau awal sebab kerja mcm aku ni need to apply anf plan earlier cuti. Kalo tak hmm..mmg susah mau dapat cuti.






Tak sangka dorang kawen gak akhirnya. Tapi adalah satu insiden, si Farid nih soh aku jadi pengapit dia tapi aku tak mau. Ishh. sorry sangat Farid smpai skang aku memang rasa bersalah ngan ko. Macam bersalah giler aku rasa. Tak lupa sehh.. Gembiralah tgk kawan2 baik aku ni bersanding atas pelamin.






Hehe, kiut jer aku tgk dorang nih. Tahniah2 yer. Ramai jugak kawan2 lama datang. Macam reunion jugak time tuh. Paling best bergambar time. Maising2 berposing tak hengat. Terlebih daripada pengantin.






Apa2 pun tahniah yer kepada kedua2nya. Cepat2lah dapat cahaya mata. Tak sabar nak tengok hasil korang berdoa tuh (patut ke di letak ayat nih).






Perkahwinan kedua, kawan aku jugak, Azam dan Ida. Azam ni satu kelas ngan aku time lower 6 and upper six kat SSAJ, Kluang. Pas tu time balajar kat u pun, leh lak dapat uni yang sama, pas tu dapat lak duk satu kolej yang sama (sib baik tak dapat bilik and kos yang sama).






Tahniah jugak kat korang berdua yer. Semoga berbahagia ke akhirnya.






P/S: suka tengok orang naik pelamin. PEACE






end.

Aku dan blog???


Hmmm...blog ni dah buat agak lama, tapi baru2 ni jer baru teringat nak update. Tak terfikirlah nak ada blog ni, tapi ikut peredaran semasa, rsanya blog ni penting gak sebab macam diary (apa2 aktiviti yang menarik di buat dikongsikan bersama).

Ramai gak kawan2 aku yang ada blog sendiri, macam2 benda yang diorang share dlm blog masing2. Hmm...kiranya aku pun tak mo lah ketinggalan sama kan. Walaupun takdelah gempak mana blog ni, tapi aku anggap ia satu permulaanlah untuk aku melebarkan sayap dalam berangan menulis ntah apa2 dlm blog sendiri (hehe).

Harapnya lepas ni banyak benda boleh di share ngan sesapa yang melawat my blog...Almost thanks and welcome to those who are visit my blog.

I think, thats all for today. Nothing much to share for this time. See ya. PEACE

ends.

Jogging

21 March 10 - 5.30pm, pergi joging. Hari ni aku off so ambil peluang untuk pergi joging. Dah beberapa hari tinggalkan, rasa macam tak lengkap pulak hidup ini. Macamalah ni hidup aku semenjak duk sini (dah setahun pun) bis kejer gi joging, off day gi jog. Takde per nak buek, so joging, lari, joging, lari...

Best sebenarnya joging nih. Selain dapat keluar peluh, dapat lah jugak release tension. One thing, masa mula2 datang sini, berat yang aku bawak dari KL lebih kurang 68kg...but then after a year melakukan xcercise nih, i`m lost almost 10 kg. Good archivement for my self lah...(hehehe).

Yelah sebelum ni, badan aku ni agak chubby lah kot. Mana taknyer, masa kat KL dulu, bantai mamak jer lepas kejer, mana tak di pam-pam badan nih kann..

Tapi sekarang ni bersyukur sangat2 and need to maintain sahaja. Nak maintain ni ssh. Tapi kena kuat semangat lah kot.

Ini sahaja untuk hari ini, Walaupun takde apa2 yang menarik sgt tapi oklah ada gak sikit coretan. Peace.

end.

Saturday, March 20, 2010

Dua Hari di Cub Prix Alor Setar


Dua hari di Litar Alor Setar..Bukan menyaksikan tapi datang sebab kerja...

19 dan 20 Mac. Pengalaman baru cover event nih. Bestlah jugak sebenarnya sebab event besar sukan. Talk about sukan, hmmm..kurang minat lah sukan nih sebenarnya, kalo lelaki lain, kalo ckp pasal sukan, mmg byk story nyer...MU menanglah, Arsenal bagus semalam performance dia...tapi aku takdelah smpai tak minat langsung. Kalau tengok bola life boleh jadik menggila juga sebenarnya... hehe..

Berbalik kepada Cub Prix, kagum dengan pelumba2 yang sedia ada dan yang muda. Hari tu, bagi kategori expert, tempat kedua dimenangi budak berumur 15 tahun. Kagum kagum..lawan dia bukan calang2, sumer dh ada pengalaman, umur pun dah banyak.

Nampaknya budak ni, merupakan antara pelapis muda yang akan mewarnai dunia pemotoran. Baguslah daripada dorang ni melepak or buat benda2 yang tak baik lebih baik terlibat benda lebih berfaedah. hmm....

Hari tu, aku dengan kengkawan reporter based kat Alor Setar telah datang untuk mengcover, macam telatahnya. Dapatlah souveniur Petronas bagi, t-shirt, agak cantiklah jugak. hmmm...kecoh jugak tuh...nak size M, tak nak size L, besar lah, nak kasik bapak dia lah, pakwe dialah, abang dia lah..mcam2...aku pun sama gak..hhee...last2 dapat gak tukar dari size M ke S....

Dah abis interview sumer champion each category, aku n yang lain2nyer gilah opis Bernama, wat story di situ berjemaah. Hmm seronok gak. wat story bising2 kecoh semuanya. haha..kalakar

Rasanya tu jer lah untuk hari ini perkongsian catatan aku untuk sumer! PEACE...