Tuesday, April 13, 2010

Bowling Media and TNB 2010

14 April - Semalami, aku pergi main bowling. TNB buat tournament ngan media. Sebenarnya untuk merapatkan hubungan antara media dan TNB. Event2 macam ni selalu ada dan dibuat jugak oleh company2 lain.

Aku sebenarnya terkejut gak dak2 opis kata nama aku ada untuk main bowling. Aduiii, aku bukan apa, pagi semalam aku ni baru jer sampai dari kampung. Bercuti selama lima hari di kampung. Penat sangat dan tak larat. Mamai jugak sebenarnya. Memang malassss (lebih 's' sebab penat) nak pergi. Tapi disebabkan kawan-kawan aku turutkan jelah.

Setibanya di sana, katanya start pukul 8pm tapi biasalah kita ni janji Melayu, kira-kira pukul 9.30pm baru ler start. Sabar jelah aku. Aku nih, kalau nak ikutkan hati, nak balik rumah dan tidur jer. Yelah sebab start pun agak lambat. Dah sah-sah balik pun mesti lambat nyer.

Bila dah start main, oklah jugak. Walaupun penat, aku teruskan jugak. Kawan2 lain pun best gak. Masing-masing menunjukkan bakat yang telah sedia ada. Aku? hmmm.....tak teror pun tapi takdelah sampai tahap masuk longkang. hahaha.

Kamal, fotographer Kosmo! dialah paling hebat malam tuh, dapat nombor 1. Dia memang menggilalah malam tuh, dah lah satu lane ngan aku. Strike banyak gila. Lebih-lebih lagi di frame terakhir, frame ketiga. Lupa nak cakap tadi, main tiga frame. Penat gak tapi mujur bangun pagi nih, tangan tak sakit. Alhamdulilah.

Malam tuh, team Kosmo and Utusan lain yang dapat hadiah gak, bos tersayang, (sayang ker?) hehe...mestilah sayang bos, bos Utusan, pak non. bos aku, syahir dan fazli. Lain2 yang tak dapat tuh, cuba lagi tahun depan ea.

Genk-genk pompuan lain pun, tak kurang hebatnya. Mujur TNB buat dua kategori hadiah, satu team laki and team pompuan, kalo satu jer, mmg lah dorang nih tak dapat..haha (dengki).

Adalah kawan aku sorang nih, siap post kat FB, kata malas nak gi lah, apa lah, last2 dia dapat gak hadiah. (Sapa orang itu, kalo terasa dia lah orangnyer) haha. Antara lain mereka yang dapat, Nana dan Shahni. Tahniah ler korang ea..

Takde apa2 menarik pun sangat tapi keseluruhannya aku happy jugaklah.

end.

Wednesday, April 7, 2010

Rumah Sinar Harapan Alor Setar

7 April - Hari ini, asginmet aku sangat istimewa sebab Ayam Brand depa nak bagi produk makanan free selama dua bulan kepada rumah2 kebajikan dan amal terpilih satu Malaysia. Biasalah itu adalah salah satu sumbangan dorang sebagai sebuah company besar kepada masayarakat. Tanggungjawab sosial lah kiranya.

Aku tidak menjangka apa2 pun akan berlaku hari ini. Masa lepas pendaftaran, aku sempat tengok sekilas lalu, budak2 yang ada dlm rumah kebajikan nih, hmmmm kebanyakannya adalah sindrom down. Kesianlah tgk depa. Siapa yang mintak untuk dilahirkan mcm tu kan. Mak bapak kalo boleh, nak lihat anak yg dilahrikan tu, sihat walafiat tapi tak semua yg kita berkehendakkan akan tercapai sebab itu semua adalah kurniaan daripada tuhan. Qadaq dan Qadar tuhan. Kalau Dia dah nak bagi, kita sebagai hambaNya yang kerdil kena terima dengan rela hati.

Terdetik dalam hati aku, memang kesian tengok budak2 nih. Hmm...ntah lah, aku tak dapat gambarkan macam mana mak bapak dorang n ahli kelaurga boleh terima keadaan dorang. Aku memang respek giler ar. Tapi aku rasa budak2 nih pun ada keistimewaannya sendiri. Kadang2 boleh buat kita ketawa denga keletah masing2. Ada yang pendiam, tak boleh diusik, hyper aktif dan peramah.

Cakap pasal peramah nih, aku ada kisah disebaliknya nak dikongsikan. Hehe...nak tergelak sangat. Tak sangka pulak. Macam nih, lepas dah abis sumer berucap and opening caremany bagai, ada lah waktu senggang sikit. Ntah mcam mana, aku terdengar lah seorang budak down sindrom ni duk bersembang dengan kawan2 aku.

Nama budak tuh Uyun, umur dia dlm lingkungan 6, 7 tahun lah. Mula2 dia cuit tangan si Fina, dia tanya Fina sapa nama, pas tu Fina pun memperkenalkan diri. Fina tanya balik nama dia sapa? Tu yg tau nama dia Uyun. Pas tu dia tunjuk kat ibu mengandung, si Shuhaida sapa nama, pas tu Su soh panggil Aunty...hehe..Aunty okay,,,aunty Su...

Aku masa tu tak amek port sangat sebab aku duduk selang dua baris daripada budak tuh, tapi aku dengar lah apa yg dorang bualkan. Tak sememan2 lepas tuh, aku toleh dan dia tunjuk kat aku pulak, tanya aku sapa.

Paling best, tak sempat aku nak jawap nama aku, dia kata aku HENSEM. Aku sangat terharu lah. Sebab budak yang berkeadaan mcam tuh boleh kata aku hensem. Tak sangka sangat. Uyun Uyun....nakal jugak kan...hehe...

Aku ada gak nak amek gambar dia untuk di uplod dlm nih, tapi bateri hphone aku nih, kong pulak. Time2 mcma tuh, dia buat hal lak. So terpaksalah aku melupakan hasrat aku tuh. Apa2 pun, harap Uyun berada dalam keadaan sihat sejahtera dan menjadi anak yang soleh dan boleh berbakti kepada orang tua walapun keadaannya mcm tuh.

Lepas tu, sebelum nak balik tadi, aku sempat jelah lambai kat dia. Hehe..Cakap Bye Uyun.

So, itu jelah perkara paling manis aku sepanjang kejer nih, sejak tiga tahun lepas. Memang tak kan dapat aku lupakan.

End.

Friday, April 2, 2010

Lebih Sudu Daripad Kuah Nampaknya!

2 April 10 - HARI ini aku seperti biasalah pergi mencari berita seperti biasa dan kebetulan ada fire semalam so hari ni kenalah pergi buat citer.

Kebetulan pulak, hari yang aku nak pergi interbiew mangsa kebakaran tuh, adalah orang besar nak mai melawat dan bagi sikit sumbangan.

Mula-mula sampai kat umah mangsa, kesian pulak tengok. Yelah takde satu pun barang2 yang sempat diselematkan. Tengok anak-anak mangsa selak buku2 sekolah yang dah terbakar. Hmm macam manalah agaknya perasaan dorang tu kan. Yelah, benda dah nak terjadikan nak buat camner tapi semua itu dugaan kepada mereka2 terpilih. Sudah tertulis yang dorang akan menerima ujian sebegitu rupa oleh Allah. Kita sebagai hambaNya kenalah terima. Ada hikmah disebaliknya. Apa yang paling penting semuanya selamat kecuali suami dan bapak kepada budak2 nih yang melecur bahagian belakang badan. Tapi rasanya dia stabil kat hosptital tuh.

Ini mukadimah kepada perkara yang aku nak kongsikan kepada semualah. Nak dipendekkan cerita, masa kami sampai, memang nak jumpa kesemua keluarga mangsa tapi isteri dia takde plak sebab pergi balai polis wat laporan. So kami semua pergi umah jiran mangsa yang terletak di sebelah rumah dorang. Interbiew lah pakcik and makcik ni. Tanya dorang semasa kejadian apa yang berlaku sebenarnya.

Sedap2 kami interbiew, ada lah seorang hamba Allah ni, mungkin orang2 penting orang besar tuh, duk sibuk panggil2 kami soh interbiew bos dia tuh. Siapakah dia nih, nak arah2 kami semua. Kami nih tengah buat kerja ok. So janganlah nak paksa2 and aturkan apa yang kitaorang ngah buat. Yang paling best, orang paling kana kepada orang besar tuh, tak cakap apa2 pun. Dia pulak yang lebih2.

Banyak kali plak tu dia panggil sampai datang kat umah pakcik dan makcik tuh, bagitau perkara yang sama. Ishhh rimas betul. Orang nak buat kerja pun tak senang. Poyo punya manusia lah. Yang ko tuh, sibuk2 sangat apasal?? Memang aku n yang lain2 geram giler. Rasa nak hempuk2 jer ngan kayu.

Padahal, orang besar tuh, takdelah nampak nak cepat pun. Kami nampak yang dia masih duk cerita2 ngan keluarga mangsa.

Kalau nak cepat pun, (si pembantu orang penting ni lah) tak payah lah nak jerit2 panggil. Apa ingat aku n kengkawan lain kerja untuk korang ker?? Lagi pun aku memang tak tau pun yang orang penting tuh nak datang. Memang kebetulan tgk dia pun ada tadi. So kira ok lah kan. Citer yang aku nak wat nanti mantap lah sebab ada orang besar datang bagi bantuan.

Tapi yang aku tak puas hati ngan pembantu dia tulah. Penyibuk betul. Hmm...takpelah anggap jelah dia tu tak tahu apa2 dalam dunia ni. Aku tau, orang besar tuh paham ngan kerja kami. Cuma dia jer yang tak paham.

Terima kasihlah kat akak tuh (mangsa kebakaran) yang bagi kerjasama yang baik kepada kami. Cuma aku doakan suami dia cepat sembuh dan boleh bekerja semula sebagai penjual roti canai untuk menyara keluara dia.

Aku rasa tu jelah benda nak share rini. PEACE

ends.