Friday, May 21, 2010

Jika Dia bukan milik kita

Jika Si Dia Bukan Milikmu


Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

Iman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.


BERIMAN DENGAN TAKDIR

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.


AMAL DAN TAKDIR

Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. “

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

{Riwayat Bukhari}


BUKAN USAHA TETAPI DOA

Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. †{Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitabâ€. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. â€

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.


ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

taif_large.jpgSemasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?


KESIMPULANNYA

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

habis.

Thursday, May 20, 2010

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran  (tidak kira dalam apa jua keadaan)


Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.


Wallahu’alam.

Wednesday, May 19, 2010

Sukarnya menerima Hakikat

Sukar sangatkah untuk menerima hakikat? Ya. Memang susah. Memang susah untuk menerima hakikat itu. Hakikat yang sukar untuk diterima lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayangi.

Sehingga saat ini, banyak perkara yang indah-indah sedang bermain dalam fikiran. Bukan itu yang dipinta. Benar semuanya adalah kerja tuhan yang maha Esa tapi hakikat tersebut bukan satu perkara yang sangat senang untuk diterima apatah lagi dilupakan.

Mungkin juga akibat daripada hakikat itu, akan buatkan kita terseksa, merana? Yang indah itu tidak akan kekal selama-lamanya. Sepertinya tuhan mahu menguji kecekalan hati hambaNya yang kerdil ini.

Namun hakikatnya, hambamu ini adalah insan kerdil yang tidak kuat untuk mengharungi hakikat itu. Hakikat yang mana sukat untuk diterimanya untuk janga masa yang pendek ini. Kadang kala terfikir juga mungkinkah ada keajaiban yang akan berlaku di saat-saat ini?

Tidak. Tidak. Keajaiban itu tidak akan mungkin berlaku. Yang pasti, kegembiraan pada saat ini hanyalah disebelah pihak. Mungkinkan di satu pihak yang lain, sedang berlaku pergolakan jiwa?

Hati yang bergolak boleh meruntum jiwa. Wahai hakikat, hati sebenarnya ingin cuba untuk menerima keputusan itu. Tapi apa kan daya, buat masa ini, ia sukar untuk diterima. Jiwa semakin kacau. Semakin cuba untuk melupakan, semakin banyak perkara yang baik-baik berlegar-legar dalam kepala.

Bukan mudah untuk melupakan. Hati ini sedar, meranalah, merataplah sekuat mana pun, hakikat itu tetap bernoktah. Noktahnya akan kekal di situ. Tapi bagaimanakah untuk melupakannya. Setiap saat, setiap detik, fikiran jiwa ini, terdorong ke arahnya. Tidur yang tidak lena, sering kali bermimpikannya. Saat sukar perlu dilalui oleh jiwa.

Wahai jiwa, wahai hati, tolonglah terima keadaan ini. Janganlah kau bersedih lagi. Walau apa pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan. Fikirkanlah masa depan. Jadikanlah ia teladan dan mungkin akan membuatkan kita lebih matang selepas ini. Kuatkanlah semangat. Tolonglah. Jangan terus-terusan begini!

HATI.

Monday, May 17, 2010

Cinta 42 hari...

Nota: Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Novel pendek hasil ciptaan sendiri. Enjoy...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Deras hujan yang turun...mengingatkan ku pada dirimu...

Aku masih di sini untuk setia...
Selang waktu berganti...Aku tak tahu engkau di mana....ohhh
Tapi aku mencuba untuk setia...

Sesaat malam datang...menjauhuku...
Tersendirian ku...
Dan bila pagi datang... ku tahu...
Kau tak di samping ku...

Aku masih di sini untuk setia...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+Eh, A, aku tengok kau gembira jer sekarang? Dah ada yang punya ker?
=Mana ada, kau ni C, salah tengok agaknya. Aku macam biasa sahaja. Apa lah kau ni. Asal aku gembira, kau cakap aku dilamun cinta!
+Aku bukan apa, aku tengok sejak akhir-akhir ini, kau lain macam. Lepas tuh, telefon, tak lekang dari tangan. Apa alasan kau kali ni?
=Ish, kau nih, tak baik berprasangka macam tu kat aku tau! Aku ada lah bisnes sikit. Nanti aku cerita kat kau lah.

*Memang susah sebenarnya nak menipu si C ni. Sebab dia akan dapat hidu apa sahaja yang sedang berlaku ke atas diri A. Siapakah aku? Aku hanyalah pemerhati dari jauh bagi dua orang rakan baik si A dan C.
*Sebenarnya, betul kata si C tuh, A ni memang sedang jatuh cinta. Setahu aku, si A ni memang pernah bercinta sebelum ini, tapi putus di pertengahan jalan. Sebab? Mungkin tiada keserasian antaranya. Hmmm....tapi daripada apa yang C kata kat aku, A memang menonggeng habis lepas putus dengan cintanya itu. Pedih ke rasanya? Aku sendiri tak tau macama mana keadaannya. Tapi mengikut kata C, memang dia sengsara juga.
*Tapi kira-kira, hampir setahun, barulah timbul semangat baru si A ni. Seperti apa yang si C cakap tadi. Si A ni nampaknya sudah mula ceria semula. Sepertinya sudah menerima cinta baru. Hampir setahun, kira lama juga kan?

+Hai A, berseri-seri kau hari ini? Ada apa2 nak diceritakan dengan aku ker?
=Kau ni C, ada-ada jer kan! Macam tau-tau jer, ada apa-apa yang berlaku ke atas diri aku sekarang ni.
+Eh, mestilah, kau kan kawan baik aku. Mestilah aku tau! Kau tu, tak lah macam ni sebelum nih.
=Yelah-yelah aku mengalah. Nanti lepas kerja kita lepas berdua. Memang lama dah kita tak lepak sama kan?
+Ok. Deal.

*Mereka berdua ni, memang pantang jumpa, memang ada sahaja yang hendak dibualkan. Mereka memang dua orang rakan baik. Apa-apa sahaja kisah suka, duka akan dikongsi bersama. Macam belangkas orang kata.
*Aku, seronok tengok mereka berdua nih. Aku sebenarnya kenal mereka berdua ni. Tapi setakat kenal macam tu jelah. Tak rapat pun. Kenal atas tiket rakan sekerja.

+Hah, A, apa cerita yang nak kau kongsi kat aku nih? tak sabar rasanya nak tahu! Kau ni memang suka buat aku suspen jer kan?
=Kau ni C, buat bertenang boleh? Order lah air dulu ker, makanan dulu ker? Aku ni lapar! Faham!
+Ish. macam-macam kau ni. Order lah. Hari ini aku belanja kau. Hah cepat cerita.
=Macam nih, memang betul lah, aku sebanrnya memang sedang bercinta. Aku jatuh cinta dah ni. Sangat-sangat.
+Tengok tuh! dengan aku pun nak tipu kan. Dari mula lagi aku memang tak caya dengan ko A. Soal perniagaan konon. Tengok sekarang nih? Kan betul telahan aku!
=Yelah-yelah aku salah. Memang aku tengah bercinta.
+Mana kau jumpa dia? Kau dah dating dengan dia? Bila nak kenalkan dengan aku nih?
=Eh kau ni C! Cuba bawa bersabar! Yang aku ni sendiri tak jumpa-jumpa dia lagi tau! Kau percaya tak dengan cinta Cyber? Yer aku jumpa dia dalam YM. Tapi aku yakin dengan dia.
+Kau ni., suka-suka jer kan! Mudah sangat percaya kat orang? Kau tak ingat apa yang pernah terjadi kat kau dulu? Aku sendiri tak sanggup nak tengok kau merana lagi tau!
=Yer aku tau. Aku mengerti. Tapi kata orang cinta itu buta. Aku dah tengok muka dia. Tiap-tiap malam dia call aku. Masing-masing memendam perasaan nak berjumpa. Dia akan balik sini tak lama lagi tau!
+Yelah A. Suka hati kaulah. Yang penting kau bahagia. Cuma aku nak ingatkan kau! Aku nak kau hati-hati! Jangan mula-mula jer Indah., nanti tak sampai dua tiga hari, aku tengok ko lain pulak.
=Kau ni C, doakanlah yang terbaik untuk aku. Aku sendiri takut sebenarnya. Takut untuk kehilangan setelah apa yang pernah terjadi dengan aku dahulu.

*Makan malam itu berkahir disitu. A, dilihat memang bahagia. Bahagia sangat-sangat. Pada permulaannya. C pun, sangat seronok dengan apa yang berlaku ke atas kawan baiknya tuh.
*Mana tak nya. Si A, sedang hangat bercinta. Cinta oh cinta, memang sangat indah apabila kita sedang merasainya.
*Ingatkan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari. Begitulah jua yang terjadi ke atas A. Cinta yang didambakan, berjalan di setengah jalan sahaja.
*Ya, hubungan A dengan kekasihnya itu, diambang kemusnahan. Semuanya sudah tawar.

+A, kau ni kenapa? Hari tuh, aku tengok kau, ceria, berseri-seri, tapi setelah dua minggu, kau dah jadi lain. Kenapa ni? Cuba cakap dengan aku A. Jangan terus macam ni. Apa-apa pun kau kena luahkan.
=Aku sedih. Janji-janji yang pernah ditaburkan, hilang begitu sahaja. Aku sendiri tak tahu, apa silap aku dengan dia. Dia janji akan menyayangi aku selama-lamanya. Tapi sekarang dia dah lain. Tak macam aku kenal dia mula-mula dulu.
+A, kau sabarlah. kan aku dah cakap dengan kau dulu, cuba kenal dulu antara satu sama lain. Tengok sekarang ni, apa dah jadi. Baru beberapa hari, dah jadi macam nih.
=Aku sayang dia C, aku sayang dia. Aku tak mau berpisah dengan dia. Aku tak tahu, apa silap aku. Sejak akhir-akhir ini, dia jarang dah nak sms aku. Even kalau aku call pun dia tak mahu menjawab. Apakah dosa aku pada dia? Aku dah menjadi seorang yang paling setia C. Aku nak jadi yang terbaik untuk dia. Tapi apa yang aku dapat? Senaskah sms yang aku dapat tadi, membuatkan nafas aku terhenti C. Aku rasa nak mati. Nak mati. Aku tak mahu hidup lagi. Sebab dia dah musnahkan apa yang dia janjikan pada aku dulu. Dia kata, dia memang cintakan aku. Dia sangat sayang kan aku. Tapi kenapa C, kenapa dia berubah?
+Aku tahu perasaan kau. Aku faham dengan apa yang kau alami sekarang. Aku harap kau menjadi kuat. Mungkin dia bukan takdir untuk kau. Bukan takdir untuk kau hidup bersama.
=C, aku tak tahu, Aku keliru sekarang nih. SMS dia tu buat aku keliru C. Nah, kau bacalah sendiri.........
+A, aku pun tak tau nak cakap macam mana. Mungkin dia dah ada yang lain?
=Semuanya dah tawar C. Kalau ada pun sms yang diberi, tiada lagi nafas-nafas berbau cinta yang diberi, yang dilafazkan pada aku. Kalau kau berada di tempat aku? Apa yang kau akan rasa C? Aku memendam perasaan selama ini. Menanggung kesedihan sorang-sorang di sini. Hari-hari aku, dihabiskan dengan menunggu dia membalas setiap sms aku, panggilan aku. Tapi tiada C, setelah beberapa hari, baru aku menerimanya. Itu pun, seperti yang aku cakap tadi, tiada lagi kata-kata yang sedap aku dengar pada mula-mula aku bercinta dengannya.
+Hmmm....memang payahl...Aku kesian dengan keadaan kau A. Aku tak sanggup lihat kau sedih macam nih. Sekali lagi kau mengalaminya. Tapi aku rasa yang ini paling memilukan aku. Kau jangan lah sedih-sedih macam ni yer.
=Terima kasih C. Kau memang teman baik aku. Teman tika senang dan susah. Tapi buat masa ini. perasaan aku pada dia, memang tak akan pernah berubah. Sebab aku berpegang pada janji-janji aku padanya. Walaupun aku bukan yang terbaik tapi aku cuba menjadi yang terbaik untuknya. Aku tetap mencintainya.
+A, maaf kalau aku tanya. Terpulang pada kau, nak jawab atau tidak.
=Apa dia C? Tanyalah.
+Berapa lama kau dah bercinta dengan dia? Maksud aku, berapa lama dah hubungan kau dengan dia?
=Sangat singkat C. Baru 42 hari.
+Takpelah A. jangan sedih-sedih lagi yer. Aku doakan yang terbaik untuk kau.
=Terima kasih C.

*Begitulah ceritanya. Apa yang terjadi atau kisah yang berlaku antara dua sahabat ni.
*Kasihan jugak tengok situasi yang berlaku ke atas A. Nak buat macam mana? Kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.
*Tapi cinta itu hanya berlaku dalam masa 42 hari? Hmm...kalau lebih dari itu macam mana yer? Apa yang akan terjadi pada A?
*Selepas kejadian itu, apa yang aku dengar tentang A dari kawan-kawan C, dia memang tak tentu arah. Menjadi semakin tak terurus. Kerja pun tak menjadi sangat. Memang sangat mempengaruhi kisah cinta dia nih.
*Aku rasa cinta si A memang tulus, suci.

#Ini adalah hasil karya saya, cerita pendek. Mungkin tak sehebat mana, tapi sebab rasa bosan sangat, maka lahirlah kisah ini.
#Sekian, terima kasih.