Wednesday, May 19, 2010

Sukarnya menerima Hakikat

Sukar sangatkah untuk menerima hakikat? Ya. Memang susah. Memang susah untuk menerima hakikat itu. Hakikat yang sukar untuk diterima lebih-lebih lagi dengan orang yang kita sayangi.

Sehingga saat ini, banyak perkara yang indah-indah sedang bermain dalam fikiran. Bukan itu yang dipinta. Benar semuanya adalah kerja tuhan yang maha Esa tapi hakikat tersebut bukan satu perkara yang sangat senang untuk diterima apatah lagi dilupakan.

Mungkin juga akibat daripada hakikat itu, akan buatkan kita terseksa, merana? Yang indah itu tidak akan kekal selama-lamanya. Sepertinya tuhan mahu menguji kecekalan hati hambaNya yang kerdil ini.

Namun hakikatnya, hambamu ini adalah insan kerdil yang tidak kuat untuk mengharungi hakikat itu. Hakikat yang mana sukat untuk diterimanya untuk janga masa yang pendek ini. Kadang kala terfikir juga mungkinkah ada keajaiban yang akan berlaku di saat-saat ini?

Tidak. Tidak. Keajaiban itu tidak akan mungkin berlaku. Yang pasti, kegembiraan pada saat ini hanyalah disebelah pihak. Mungkinkan di satu pihak yang lain, sedang berlaku pergolakan jiwa?

Hati yang bergolak boleh meruntum jiwa. Wahai hakikat, hati sebenarnya ingin cuba untuk menerima keputusan itu. Tapi apa kan daya, buat masa ini, ia sukar untuk diterima. Jiwa semakin kacau. Semakin cuba untuk melupakan, semakin banyak perkara yang baik-baik berlegar-legar dalam kepala.

Bukan mudah untuk melupakan. Hati ini sedar, meranalah, merataplah sekuat mana pun, hakikat itu tetap bernoktah. Noktahnya akan kekal di situ. Tapi bagaimanakah untuk melupakannya. Setiap saat, setiap detik, fikiran jiwa ini, terdorong ke arahnya. Tidur yang tidak lena, sering kali bermimpikannya. Saat sukar perlu dilalui oleh jiwa.

Wahai jiwa, wahai hati, tolonglah terima keadaan ini. Janganlah kau bersedih lagi. Walau apa pun yang terjadi, hidup perlu diteruskan. Fikirkanlah masa depan. Jadikanlah ia teladan dan mungkin akan membuatkan kita lebih matang selepas ini. Kuatkanlah semangat. Tolonglah. Jangan terus-terusan begini!

HATI.

No comments:

Post a Comment