Friday, April 2, 2010

Lebih Sudu Daripad Kuah Nampaknya!

2 April 10 - HARI ini aku seperti biasalah pergi mencari berita seperti biasa dan kebetulan ada fire semalam so hari ni kenalah pergi buat citer.

Kebetulan pulak, hari yang aku nak pergi interbiew mangsa kebakaran tuh, adalah orang besar nak mai melawat dan bagi sikit sumbangan.

Mula-mula sampai kat umah mangsa, kesian pulak tengok. Yelah takde satu pun barang2 yang sempat diselematkan. Tengok anak-anak mangsa selak buku2 sekolah yang dah terbakar. Hmm macam manalah agaknya perasaan dorang tu kan. Yelah, benda dah nak terjadikan nak buat camner tapi semua itu dugaan kepada mereka2 terpilih. Sudah tertulis yang dorang akan menerima ujian sebegitu rupa oleh Allah. Kita sebagai hambaNya kenalah terima. Ada hikmah disebaliknya. Apa yang paling penting semuanya selamat kecuali suami dan bapak kepada budak2 nih yang melecur bahagian belakang badan. Tapi rasanya dia stabil kat hosptital tuh.

Ini mukadimah kepada perkara yang aku nak kongsikan kepada semualah. Nak dipendekkan cerita, masa kami sampai, memang nak jumpa kesemua keluarga mangsa tapi isteri dia takde plak sebab pergi balai polis wat laporan. So kami semua pergi umah jiran mangsa yang terletak di sebelah rumah dorang. Interbiew lah pakcik and makcik ni. Tanya dorang semasa kejadian apa yang berlaku sebenarnya.

Sedap2 kami interbiew, ada lah seorang hamba Allah ni, mungkin orang2 penting orang besar tuh, duk sibuk panggil2 kami soh interbiew bos dia tuh. Siapakah dia nih, nak arah2 kami semua. Kami nih tengah buat kerja ok. So janganlah nak paksa2 and aturkan apa yang kitaorang ngah buat. Yang paling best, orang paling kana kepada orang besar tuh, tak cakap apa2 pun. Dia pulak yang lebih2.

Banyak kali plak tu dia panggil sampai datang kat umah pakcik dan makcik tuh, bagitau perkara yang sama. Ishhh rimas betul. Orang nak buat kerja pun tak senang. Poyo punya manusia lah. Yang ko tuh, sibuk2 sangat apasal?? Memang aku n yang lain2 geram giler. Rasa nak hempuk2 jer ngan kayu.

Padahal, orang besar tuh, takdelah nampak nak cepat pun. Kami nampak yang dia masih duk cerita2 ngan keluarga mangsa.

Kalau nak cepat pun, (si pembantu orang penting ni lah) tak payah lah nak jerit2 panggil. Apa ingat aku n kengkawan lain kerja untuk korang ker?? Lagi pun aku memang tak tau pun yang orang penting tuh nak datang. Memang kebetulan tgk dia pun ada tadi. So kira ok lah kan. Citer yang aku nak wat nanti mantap lah sebab ada orang besar datang bagi bantuan.

Tapi yang aku tak puas hati ngan pembantu dia tulah. Penyibuk betul. Hmm...takpelah anggap jelah dia tu tak tahu apa2 dalam dunia ni. Aku tau, orang besar tuh paham ngan kerja kami. Cuma dia jer yang tak paham.

Terima kasihlah kat akak tuh (mangsa kebakaran) yang bagi kerjasama yang baik kepada kami. Cuma aku doakan suami dia cepat sembuh dan boleh bekerja semula sebagai penjual roti canai untuk menyara keluara dia.

Aku rasa tu jelah benda nak share rini. PEACE

ends.

No comments:

Post a Comment