Thursday, March 25, 2010

Pilatus yang terhempas

25 Mac, Sintok - Hari ini sepatutnya aku ada asignment kat court kes bunuh. Pukul 9 am dah terpacak kat court Alor Setar bersama rakan2 seperjuangan yang lain. Kira court bermula pukul 9 tapi smpai pukul 10 pun tak start2 lagi. Punyalah banyak kes. Nasib baiklah majistret tuh comel (hehe). Tapi agak garang sikit. Tapi betullah, dia garang bertempat sebab makhluk2 yang ada dalam court nih, ada ker boleh on handphone..kat luar court dah terang2 tertera, hphone must be silence when u enter the court...tu pun bongok tak paham2. Sebab tu lah dia hangin tadi kejap. Ada lah 4 kali hpohe orang2 itu berbunyi.

Yang aku paling geram, ada lah seorang makhluk tuhan nih, dh lah hpone berbunyi pas tuh bising2 pulak. Ada ker time Majistret tanya, mengaku kat (aku tak pasti yg dalam kandang tuh, makcik, mak or kak dia) salah atau tak atas pertuduhan yang dibaca,  then yg dlm kandang tuh kata mengaku salah, dia boleh gelak. Aduyai!! Dah lah gigi ala-ala HAalimah Jongang. Nak jer aku penampar. Geram seh!

Pukul 10 am, arahan dikeluarkan supaya semua keluar kerana ada bicara kes juvana. Kenalah keluarkan semua. So tungu punya tunggu untuk masuk balik dengar kes bunuh tuh, tup2 dpt maklumat ada pilatus terhempas kat UUM.

So dengan arahan bos aku, pergilah ke sana ngan Utusan and Star ke sana. Sampai2 tengok dah ramai ada sana. Biasalah, bila berlaku benda2 mcm nih, bagaikan pestalah kan. Mana tak nya, berlaku dalam kampus masa pertunjukan udara plak tu sempena perasmian pesta konvo uum ke-23.

Nasib baik tak jatuh kat budak2 yang sedang berkumpul kat stadium untuk sama2 meraikan perasmian tuh. Tapi kesianlah kat juruterbang TUDM nih. Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga.

Ada satu perkara yang aku rasa seseorang ni, lebih sudu dari kuah. Siap mengata reporter lagi, "depa nih, biasalah, nak lepas kejer dorang jer," Heloo....statemnet ko tuh memang melampau ea. Sesuka hati jer ckp mcm tuh.

Alkisahnya mcm nih, aku nak interbiew saksi yang tgk pesawat ni terhampas. Aku tak sangka plak, yg aku nak interbiew nih kawan aku lama time blajar kat UUM. Sedap2 aku interbiew dia ngan beberapa reporter lain, tup tup dia datang n marah2 kawan aku nih, dia kata, kenapa pandai2 bagi statement kat dorang (medialah). Nanti jumpa saya kat opis. Pas tu dia kata lagi: "Ikutkan saya pun nmpk masa kejadian tapi sya tak mau bagi kejadian', kalo tak nak bagi kerjasama sudahlah.tak payahlan nak marah orang plak.

Pda firasat aku dan kengkawan2 lain, dia ni frust sebab kami2 nih tak nak interview dia. Dia frustlah sebab muka tak dapat masuk paper n tv. Ntah apa2lah. Ada jugak orang mcm tuh (aku tak mau lah tulis apa jwtn dia kat uum, tapi dia nih, berkuasa untuk menjaga keselamatan dalam uni - harap pahamlah apa kerja dia ea).

Dahlah kawan aku gelabah. Dia pun bertekak gak lah ngan orang itu. Pas tu aku tinggalkan jer sebab perlu mencari saksi2 yang lain. YElah sekurang2nya mesti ada 3 orang kan! Aku ni respectlah kat sorang budak perempuan nih, walaupun dah kena bagi amaran kat orang itu (budak nih pun kena marah gak) tapi dia tetap maintain bagi statement. Buat2 tak tahu jer. Bukan setakat kami reporter paper, yang tv pun duk jolok dia gak. hehe..hasilnya keluarlah dia dalam tv3 mlm tadi. Bagus dik, bagus.

Takde per pun sebanrnya sebab kita tulis berdasarkan apa yang dia nampak jer. Bukan nak tulis bukan2. Takpelah, itu dah sebahagian kerja sebagai reporter, kena maki hamun orang dan lain2 lagi.

Lebih kurang pukul 1 petang habis semua interbiew dan kami singgah dulu kat Joe Cendol pulut. Sesibuk mana pun, perut kena diisi dulu kan. Kang ada yang pengsan pulak.Haha. LEpas tuh terus menuju semula ke Alor Setar untuk buat story yang telah dikumpulkan.

Tulah pengalaman yang aku alami hari ini. Agak penat jugaklah kerana terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh jugak. Tapi nak buat macam mana kan. Kena lah teruskan jugak buat.

Rasanya itu sahaja untuk hari ini. PEACE

end.

No comments:

Post a Comment